Kenapa Event ACOS 2024 Akan Jadi Event Estetik Yang Terbesar Tahun Ini?
ACOS 2024 event akan diadakan pada 9 Nov -10 Nov 2024
FA Channel hari ini interview event ACOS 2024 yang merupakan singkatan bagi Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024.
Event ini dikatakan akan merupakan event yang terbesar untuk industri Estetik (Aesthetic) pada tahun ini.
Jadi, kenapa event ini boleh dikatakan mampu menjadi event yang terbesar?
Kami merumuskan seperti di bawah.
Dapat menjadi tarikan global
Bayangkan seluruh orang akademik untuk jurusan kedoktoran bergabung dalam satu event. Bukankah ini dapat menjadi satu daya tarikan international dan global?
Ia bukan sahaja mampu menarik perhatian dari pelbagai industri kedoktoran malah ia juga mampu menjadikan sebilangan orang yang lain untuk menyertainya.
Professionals akan hadir dalam event ini dan juga mampu menjalinkan networking yang berguna. Event ini juga mampu menyediakan platform untuk menjalinkan perhubungan perniagaan malah penukaran idea (exhange idea) boleh terjadi.
Malah, bukan sahaja dari itu Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024 (ACOS 2024) ini juga dikatakan dapat memberikan CPD point kepada doktor yang mengejar point tersebut bagi kegunaan mereka.
Apa yang paling penting ia mampu mengurangkan jurang antara professionals level dan ahli akademik bagi memahami industri ini dengan lebih mendalam.
Berminat nak hadir?
Join Aesthetic and Cosmetics Symposium 2024 (ACOS 2024) ini di bawah.
